GAYA HIDUP | 31 Jan 2022 | 3 Lihat


Ini sebabnya: badan kita lambat laun akan mengalami kehausan. Apabila badan sudah jatuh sakit dan kesihatan mula merosot, kos perubatan biasanya mahal, dan kesihatan kadang kala tidak dapat pulih seperti sedia kala. Maka, lebih baik menjaga kesihatan dan badan tatkala sihat, lagi awal lagi bagus.  Ini 10 fakta untuk soalan cepumas anda:  


1. Hidup Lama

Mengikut kajian 2018 oleh Harvard School of Public Health, jangka hayat dapat dilanjutkan selama 14 tahun untuk wanita, dan 12 tahun untuk lelaki apabila mengamalkan  5 tabiat hidup sihat. 



 2. Bayaran Rendah

Bayaran premium lebih rendah jika anda amalkan gaya hidup sihat. Orang sihat ada pelbagai pilihan untuk menambah simpanan yang ditawarkan oleh pelan perlindungan.


3. Jimat Lebih

Jimat wang perubatan dengan mengekalkan kesihatan. Hidup sihat merendahkan risiko penyakit dan mencegah dari kos ujian dan rawatan mahal untuk penyakit jangka panjang seperti diabetes dan sakit jantung.




4. Keyakinan Meningkat 

Mengamalkan gaya hidup sihat dapat menjadikan anda kelihatan dan rasa lebih baik. Senaman dapat membebaskan hormon di dalam otak yang meningkatkan mood, dan membuat anda ceria.


5. Stres Terkawal

Golongan yang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai tahap stres dan kegelisahan lebih rendah yang telah terbukti oleh kajian klinikal. 


6. Ketagihan Terhalang 

Gaya hidup sihat yang disertakan dengan senaman boleh menahan keinginan terhadap ketagihan. Ini kerana ketagihan tersebut dapat disalurkan kepada kepuasan yang tercapai melalui aktiviti fizikal. 






7. Penglihatan Terpelihara

Daya penglihatan dapat dipelihara melalui makanan sihat dan pemakanan yang bersesuaian. Pemeliharaan penglihatan yang baik dalam kalangan warga emas dapat dicapai melalui senaman kardio yang tetap. 


8. Kesuburan Tinggi

Jika anda mahu ramai anak, kekalkan kesihatan. Kajian oleh University Harvard menunjukkan tahap sperma lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang bersenam secara tetap. 



9. Penyakit Dijauhi

 Kajian di Stanford mendapati kadar ditimpa penyakit berkaitan umur dapat dikurangkan dan dilanjutkan oleh amalan gaya hidup sihat seperti kekal aktif, tidak merokok, dan mengelakkan berat badan berlebihan/obes. 


10. Bina Legasi

Apabila anda mengamalkan gaya hidup sihat, anda menjadi teladan orang di sekeliling. Apabila anak dan cucu melihat anda kekal sihat dan ceria menjalani usia lanjut, mereka akan cenderung mencontohi anda.