GAYA HIDUP | 14 Feb 2022 | 5 Lihat

Mengekalkan kesihatan adalah satu matlamat yang penting kerana kesihatan yang baik dapat memberi kesan positif kepada banyak aspek kehidupan. Pandemik yang menyerang dunia sekarang memberi kesedaran kepada ramai orang untuk mengambil serius tentang penjagaan kesihatan diri.

Sikap proaktif termasuk menetapkan pilihan gaya hidup yang sihat, mengutamakan faktor semula jadi dan mesra alam dalam pemilihan produk dan perkhidmatan, meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu kesihatan, serta mengambil inisiatif mencegah penyakit.

Langkah pencegahan adalah seperti meningkatkan imunisasi, mengamalkan pemakanan sihat dan jadual senaman, mengelakkan tabiat yang merosakkan kesihatan, di samping menangani ancaman kesihatan berisiko sebelum timbulnya simptom penyakit (contohnya menangani tekanan darah tinggi yang mendorong kepada penyakit jantung, dan membuat pemeriksaan kanser).

Dekatkan diri dengan orang dan aktiviti yang menyokong pemikiran dan badan yang sihat. Menurut kajian 2015 oleh University College London, seseorang lebih cenderung mengambil sikap yang dapat mengubah tahap kesihatan jika rakan hidupnya sependapat — jadi, ajak orang tersayang dan yang rapat dengan anda supaya menyokong anda.

Ambil tanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan diri dengan menetapkan matlamat kesihatan. Mungkin anda mahu lebih sihat, atau lebih peka tentang kesihatan dalam kehidupan harian, contohnya. Renungkan tentang diri secara menyeluruh, dan cuba kenalpasti sasaran kesihatan yang perlu anda utamakan.

Ingat, mengekalkan kesihatan ialah usaha yang berterusan, dan kecil atau besar langkah yang diambil dalam perjalanan ini bergantung kepada anda. Sayangilah diri anda dan berani untuk mula!


Kekal Jelita




Well3 Probiotics Complex Powder
• Menyokong kesihatan sistem penghadaman
• Melindungi daripada masalah penghadaman
• 5 strain mujarab
• Teknologi AHCTM untuk kestabilan, kelangsungan, dan manfaat kultur

Up Collagen Soya
Memperbaik sistem penghadaman & penyerapan kalsium
• Tiada rasa kekacang
• Diperakui kacang soya organik
• Merangsang penghasilan kolagen kulit
• Mengandungi prebiotik, tanpa pengawet

Well3 Permata Suri
• Meningkatkan kesihatan menyeluruh
• Meningkatkan kesuburan
• Memelihara otot
• Kekal aktif dan bertenaga






Kekal Tampan




Well3 Ester-C
• Penting dalam penghasilan kolagen untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi
• Meningkatkan kadar penyerapan kalsium
• 500mg vitamin C & 60mg kalsium
• Antioksidan berkuasa

HSC Omega-3
• EPA & DHA untuk mengurangkan risiko penyakit jantung
• Mengawalatur kolesterol & tekanan darah
• Melancarkan peredaran darah
• Disahkan oleh IFOS untuk ketulenan, keberkesanan, kesegaran & kestabilan

Kopi Tongkat Ali Ginseng
• Merangsang tenaga
• Meningkatkan kesihatan am
• Tongkat Ali dikenali dapat meningkatkan testosteron
• Ginseng dikenali dapat melegakan kepenatan