GAYA HIDUP | 14 Jul 2022 | 30 Lihat

Adakah anda mengalami beberapa atau kebanyakan daripada simptom-simptom yang berikut?
  • Tidak berupaya menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan orang lain. Interaksi anda bersama keluarga dan rakan-rakan tidak mewujudkan silaturahim yang bermakna. 
  • Tiada kawan rapat atau baik. Anda cuma ada kawan biasa atau kenalan dan anda sukar mencari seseorang yang sehati, sejiwa. 
  • Rasa keterasingan yang melampau di mana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja. Anda rasa terpinggir, tersisih dan berada dalam dunia sendiri. 
  • Ada perasaan ragu diri dan nilai diri yang negatif  
  • Keletihan dan kehabisan tenaga apabila cuba berinteraksi sosial. Apabila anda cuba bergaul atau berkawan, anda tidak diendahkan. 



Jika dibiarkan lama-lama, simpton kesunyian boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan dan emosi yang lebih serius, termasuk:

  • Kemurungan
  • Masalah tidur
  • Diabetes Jenis 2
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah kesihatan mental & emosi
  • Ketagihan



Jika anda rasa sedang dilanda perasaan kesunyian yang berpanjangan, inilah harinya anda harus mula bergaul dengan orang lain secara positif dan sihat. 



Dapatkan sokongan dan dorongan daripada orang di sekeliling yang mempunyai minat atau cita-cita yang serupa agar membantu melegakan kesunyian anda di samping menyerlahkan potensi diri anda. 



Walaupun mungkin terasa sukar, cubalah berusaha untuk bergaul dengan orang lain. Melancong beramai-ramai ke destinasi impian anda dapat meningkatkan harga diri selain membuka peluang yang selamat serta memuaskan untuk berkawan. 



Menyumbangkan masa dan tenaga untuk bekerjasama dengan orang lain dalam amal kebajikan berkesan membantu anda melawan rasa kesunyian. Anda dapat berkenalan, berinteraksi dengan orang lain dan menjadi seorang yang lebih ceria. 



Cuba tetapkan dan berusaha mencapai matlamat tertentu. Berjuang mencapai matlamat dapat meningkatkan keyakinan diri dan pada masa yang sama mencetus rasa bahagia dalam diri anda.